Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) optimis untuk mendaftarkan lebih 200,000 unit kenderaan menjelang 31 Mac 2023, sekali gus membolehkan kebanyakan pelanggan menikmati pengecualian Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST).<br /><br />Presiden Dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata pengeluar kereta kompak nasional itu menerima tempahan luar biasa terutama ketika ramai pelanggan mahu memanfaatkan cuti cukai yang ditawarkan kerajaan.
